Tuesday, 4 June 2013

Sahabat Nabi Muhammad S.A.W yang masih hidup hingga kini..

Pohon yang dikatakan sahabat Nabi Muhammad S.A.W yang masih hidup ..


Subhanallah..Allahuakbar..
Maha Suci Allah..Allah Maha Besar..

Tiada kata yang dapat diucapkan..tiada perasaan yang dapat yang dirungkaikan..Masa aku tgh jalan-jalan kt blog Anynomous,jumpa satu artikel ni.Terus aku rasa cam teruja giler nak share ngan korang semua.Jom kita  flashback sikit sejarah Nabi Muhammad S.A.W.

Nabi Muhammad S.A.W dilahirkan pada hari Isnin bersamaan dengan 12 Rabiul Awal (571 Masihi). Baginda merupakan putera kepada Abdullah bin Abdul Mutalib dan Aminah binti Wahab. Ayahanda baginda meninggal dunia ketika baginda dalam kandungan bonda baginda. Kalau tak silap, ustazah zaman sekolah dulu pernah cakap yang ayahanda baginda meninggal semasa keluar berniaga ke Syam. Kalau salah,tolong betulkan ya..Sharing is Caring ^_^.. Bonda baginda pula meninggal dunia ketika baginda berumur 6tahun. Maka,baginda telah dijaga oleh ibu susuan baginda,Halimatus Sa'adiah. Selepas ibu susuan baginda meninggal, baginda tinggal dengan datuknya iaitu ayah kepada ayahanda baginda iaitu Abdul Mutalib dan seterusnya bersama Abu Talib. Sejak kecil, baginda tak pernah menyembah berhala dan tak pernah terlibat dengan kehidupan sosial orang Arab Jahilliyah yang penuh dengan kekufuran. Betapa sucinya Nabi Muhammad S.A.W dan terpeliharanya baginda..

Ok,berbalik pasal pokok yang dikatakan sahabat Nabi Muhammad S.A.W ni, sehingga kini, pokok ini dikatakan masih hidup lagi di Jordan. Wallahualam. Pokok ini terletak di tengah-tengah padang pasir bernama Buqa'awiyya, Jordan. Dari segi geografi, ianya berdekatan dengan Kota Bosra di Syria. Mengikut sejarah, Nabi Muhammad S.A.W telah tiba di Kota Bosra sebanyak 2kali iaitu ketika bersama bapa saudara baginda, Abu Talib ketika berumur 12tahun dan ketika membawa barang dagangan isteri baginda, Saidatina Khadijah. Apa yang menarik dan patut korang rasa kagum adalah,antara Tanah Tabuk iaitu tempat  pokok ni hidup dan Kota Bosra adalah sejauh 500km. Agak-agak cam Kelantan ke Melaka kot.Boleh imagine tak jauhnya perjalanan baginda dan sepanjang perjalanan tu,xda sebatang pokok yang dikatakan hidup. Betapa beruntungnya kita sekarang dengan adanya kapal terbang yang banyak sedangkan dulu hanya ada unta dan kuda sahaja. Tapi bila difikirkan balik, rezeki yang orang dulu2 mungkin lebih  manis kot sebab mereka lebih tau payah perit nak dapatkan sesuap nasi dan rezeki utk keluarga yang menanti di rumah.

Kisah pokok ini bermula apabila Nabi Muhammad S.A.W keluar ke Syam bersama-sama Maisarah iaitu pekerja Saidatina Khadijah untuk berniaga, baginda pernah berteduh di bawah pokok ini sebelum sampai ke sana. Dan semasa baginda berteduh dibawahnya, dahan dan ranting-ranting pokok ini bergerak memayungi baginda daripada panas terik cahaya matahari. Betapa cintanya sebatang pokok kepada kekasih Allah ini. Inikan pokok,kita yang manusia ni? Ok,insaf seketika. Sesungguhnya manusia sekarang terleka dengan duniawi. Seorang paderi yang melihat kejadian itu telah datang bertemu dengan Maisarah dan menunjukkan kepadanya pokok tempat teduhan Nabi Muhammad S.A.W dengan berkata "Hanya seorang Nabi sahaja yang berteduh dibawah pokok ini".

Ce korang perhatikan gambar tersebut,betapa suburnya dan mekarnya daunnya hidup walaupun ditengah-tengah padang pasir yang kering kontang. Tiada kuasa yang lebih hebat selain dari kuasa Allah..

“Allah yang menciptakan kamu, kemudian Dia mematikan kamu, ada pula antara kamu yang dikembalikan Nya kepada peringkat umur yang sangat lanjut sehingga dia menjadi tidak ingat akan sesuatu yang telah diketahuinya, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Berkuasa.” (An-Nahl 16: 70)

Korang mesti perasankan ada separuh tubuh manusia dalam gambar ni? Beliau adalah Habib Umar Benhafidz iaitu salah seorang daripada keturanan Nabi Muhammad S.A.W yang menziarahi pkok yang pernah memayungi datuknya, Nabi Muhammad S. A. W. Semoga kita semua diberi kesempatan untuk melihat keagungan Allah ini dan lebih dekat dengan baginda kekasih Allah, Nabi Muhammad S.A.W.

#SayaSayangAwakSemua..


Sunday, 2 June 2013

Assalamualaikum kuhulurkan...

Assalamualaikum...
hai semua..ni first entry aku and dis is my first time joining dunia blog ni..ok,jgan tetiba nak mengidam CoolBlog plak ye. ^_^ .

pasai pa aku wujudkan blog ni?sebab letih nak simpan diari.ada je yang jadi tukang baca padahal diari tu kan kita simpan benda-benda yang cam time sweet ke sour ke spicy ke ..whatever la..

ok,nampak cam pelikkan sebab dunia blog ni lagi la umum kan?ok,meh ceq explain cam dlam exam tu..ceq tulis blog pasai ceq suka share sukaduka ceq kt org tapi ceq nak wujud cam bayangan ja..bukan cam bayangan putih or hitam tapi LIKE PELANGI..

ok,cukup lah smpai disini dulu..nanti kita sembang lagi ok..

#SayaSayangAwakSemua ^_^